Cari:
Pengerusi CNRP Kemboja Ditahan
2017-09-03 14:50:33 CRI Cetak

Pengerusi parti pembangkang Kemboja iaitu Parti Penyelamatan Negara (CNRP), Kem Sokha ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan mengkhianati negara.

Kem Sokha, 64, ditangkap di rumahnya di Phnom Penh pada 12.35 malam tadi.

Demikian kandungan pengumuman kerajaan Kemboja hari ini.

Beberapa jam sebelum operasi penangkap itu, Jaringan Radio Kemboja yang beribu pejabat di Australia telah menyiarkan satu video melalui Facebook, yang menunjukkan Kem Sokha memberitahu penyokongnya bahawa beliau sedang membuat rancangan atas pemintaan Amerika Syarika (AS), untuk menggulingkan kerajaan Kemboja, di Australia pada 8 Disember 2013.

Kerajaan Kemboja dalam pengumuman itu berkata, video dan bukti-bukti lain telah membuktikan Kem Sokha telah melakukan kegiatan mengkhianati negara.

Kem Sokha akan menghadapi tuduhan mengkhianati negara dan kegiatan perisikan berdasarkan undang-undang negara itu.

救国党 Cambodia National Rescue Party(CNRP) 根索卡 Kem Sokha

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China