Ekspo China-ASEAN dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN ke-14 bakal diadakan di Nanning, Guangxi China pada 12 hingga 15 September nanti.
Ruang pameran yang bertemakan "Jalur dan Laluan" (B&R) buat pertama kali disediakan dalam ekspo tersebut.
Sempena sidang kemuncak perniagaan dan pelaburan itu pula, beberapa aktiviti akan turut diadakan termasuk dialog meja bulat antara pemimpin negara tema dengan usahawan China, forum pemimpin perniagaan China-ASEAN, Forum Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN serta pameran platform e-dagang rentas sempadan.