Cari:
Mesyuarat ke-2 CMPA di Kuala Lumpur
2017-09-05 14:38:00 CRI Cetak

Lima pelabuhan di Malaysia dan China diterima sebagai anggota baharu Perikatan Pelabuhan China-Malaysia (CMPA), dalam mesyuarat tahunan kali kedua perikatan itu di Kuala Lumpur semalam.

Pelabuhan itu ialah Pelabuhan Qingdao dan Pelabuhan Tianjin (China) serta Pelabuhan Kemaman, Sabah dan Kuching (Malaysia), yang bertujuan mempertingkat kerjasama dalam pelbagai bidang.

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapan pada mesyuarat itu menyatakan bahawa pihaknya yakin inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China bermanfaat bagi kemakmuran ekonomi serantau. CMPA menjadi wadah untuk memperkasakan kerjasama pragmatik antara pelabuhan kedua-dua negara, sekali gus meningkatkan kesalinghubungan maritim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China