Cari:
Hainan Jalin Kerjasama Ekonomi dengan Thailand
2017-09-06 13:06:03 CRI Cetak

Lima perjanjian kerjasama bernilai hampir RMB3 bilion (RM195 juta) dimeterai antara enam syarikat dari Hainan China dengan pihak Thailand, dalam aktiviti promosi perdagangan anjuran kerajaan provinsi Hainan di Bangkok semalam.

Dokumen kerjasama berkenaan termasuk memorandum persefahaman hubungan persahabatan antara universiti, latihan perkhidmatan penerbangan, kerjasama pertanian tropika dan pembukaan laluan penerbangan antara Haikou dengan Pattaya.

Gabenor provinsi Hainan, Shen Xiaoming yang turut hadir menyatakan bahawa dengan pelaksanaan pelbagai dasar insentif seperti membeli-belah bebas cukai, Hainan selaku pulau pelancongan bertaraf antarabangsa akan menyediakan peluang perniagaan besar kepada para pelabur.

Presiden Persatuan Dewan Perniagaan Cina Thailand, Chen Zhenzhi pula menyatakan bahawa kerjasama antara Hainan dengan Thailand semakin mendalam pada beberapa tahun ini. Bandar kedua-dua pihak menjalinkan hubungan bandar kembar, manakala pertukaran lawatan peringkat tinggi dan kerjasama perdagangan semakin rapat. Prospek kerjasama antara Thailand dengan Hainan amat cerah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China