Cari:
Prayuth: "BRICS+" Selaras Hasrat Bersama Negara Membangun
2017-09-06 14:42:49 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Model kerjasama "BRICS+" bakal memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi pasaran baru muncul dan negara membangun.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha dalam temu bual bersama wartawan di Xiamen, China semalam.

Kata beliau, tahap penyertaan pasaran baru muncul dan negara membangun dalam arena kewangan dan ekonomi antarabangsa semakin meningkat. Pembaharuan negara-negara BRICS turut membantu menyediakan suasana pembangunan yang saksama dan terbuka untuk pelbagai negara membangun lain.

Tambah beliau, model "BRICS+" yang dikemukakan China memainkan peranan konstruktif bagi meningkatkan penyertaan pasaran baru muncul dan pelbagai negara membangun dalam tadbir urus ekonomi global. Ekonomi China yang kukuh merupakan pemacu ekonomi dunia.

Thailand bersedia bersama-sama China membangunkan ekonomi global yang bersifat seimbang dan inklusif, dan melaksanakan Agenda Pembangunan Mampan 2030.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China