Universiti Teknologi Zhejiang (ZUT) China menandatangani perjanjian kerjasama Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan program sarjana muda "3+1" dengan Universiti Vietnam serta Institut Pembangunan Persatuan Kolej dan Universiti Vietnam semalam.
Mata pelajaran MBA akan diajar menggunakan bahasa Mandarin dan diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan China.
Melalui program sarjana muda "3+1" pula, para pelajar akan menuntut pelajaran di Vietnam selama tiga tahun sebelum melanjutkan pengajian setahun ke ZUT.
Timbalan Pengarah Jabatan Kerjasama Antarabangsa, Kementerian Pendidikan dan Latihan Vietnam, Pham Chi Cuong menyatakan, kini terdapat lebih 10 ribu pelajar Vietnam menuntut di China. Kerjasama pendidikan dan latihan penting bagi pembangunan hubungan bilateral.
Kolej dan universiti Vietnam sedang menjalankan pembaharuan dan inovasi, manakala pihak China mempunyai keunggulan dalam pelbagai bidang. Pola kerjasama seumpama ini membantu mewujudkan situasi menang-menang.