Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-14 sempena Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) akan diadakan di bandar Nanning, Guangxi pada 12-15 September. Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli, Sultan Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Naib Perdana Menteri Vietnam, Naib Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone, Naib Perdana Menteri Pertama Kazakhastan, Mindy bakal menghadiri majlis perasmian berkenaan. Dalam tempoh ekspo itu, Zhang Gaoli akan mengadakan pertemuan dua hala dengan para pemimpin tersebut serta menghadiri majlis perasmian Forum Kerjasama Antara Kawasan China-Kazakhstan.
CAEXPO kali ini menumpukan perhatian kepada ekonomi antarabangsa dan kerjasama kapasiti industri bagi memperhebat pelaburan dan kerjasama China-ASEAN serta penaiktarafan kerjasama itu.
Menurut maklumat berkenaan, lebih 80 buah aktiviti perbincangan kerjasama ekonomi dan perdagangan dianjurkan semasa berlangsungnya CAEXPO ke-14 tersebut yang dilihat akan membawa semakin banyak projek dan peluang perniagaan kepada China dan ASEAN.