Cari:
China dan Myanmar Bekerjasama Cegah Malaria
2017-09-11 16:28:23 CRI Cetak

Seminar Pembasmian Penyakit Demam Malaria di Sempadan China-Myanmar ke-3 diadakan di Nay Pyi Taw, Myanmar pada 6 hingga 8 September lalu. Kedua-dua pihak telah menyempurnakan rancangan bagi membasmi penyakit demam malaria di kawasan sempadan serta menggubal pelan tindakan berkenaan.

Naib Ketua Kesihatan Awam Myanmar dalam ucapannya berkata, walaupun Myanmar telah mencapai kemajuan yang besar dalam usaha mencegah penyakit demam malaria dan mengurangkan kes kematian, tetapi situasi berkenaan masih amat serius sehingga memerlukan kerjasama dengan China.

Ketua Biro Kesihatan Negeri Wa, iaitu Wilayah Khas Kedua Myanmar memperkenalkan bahawa sejak tahun 2001, Health Poverty Action (HPV) telah menubuhkan 37 buah klinik rawatan penyakit demam malaria di negeri Wa dan melatih lebih 200 sukarelawan tempatan. Pencapaian ini dilihat menyumbang kepada berkurangnanya kes penyakit malaria secara besar-besaran di Wa. Pada tahun 2017, HPV memilih bekerjasama dengan kerajaan Myanmar untuk merancang melatih 300 lagi sukarelawan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China