Cari:
Kapal Korek Tenggelam di Singapura
2017-09-13 13:14:39 CRI Cetak

Sebuah kapal korek yang membawa 11 anak kapal warga China tenggelam di kawasan perairan Singapura pada pukul 3.00 pagi tadi.

Menurut laporan Polis Pengawal Pantai (PCG) Singapura, empat anak kapal hilang, manakala tujuh lagi selamat dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Misi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang sedang dijalankan oleh PCG.

Kedutaan Besar China di Singapura telah mengambil tindakan kecemasan termasuk menjalankan komunikasi dan koordinasi rapat dengan PCG, syarikat kapal dan hospital.

Atase Konsul Kedutaan China, Wang Jiarong telah mengunjungi mangsa yang cedera dan mengatur pertemuan dengan pegawai PCG.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China