Cari:
Menteri Pertahanan China Akhiri Lawatan di Laos
2017-09-16 14:52:32 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara yang juga Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan telah mengakhiri lawatannya di Laos pagi tadi.

China dan Laos telah mengumumkan komunike akhbar bersama tentang perkara tersebut.

Chang Wanquan mengadakan lawatan persahabatan terhadap Laos pada 13 hingga 16 September ini atas undangan Menteri Pertahanan Laos, Chansamone Chanyaltath, dan bersama dengan beliau mempengerusikan pertemuan peringkat tinggi tentera China-Laos di kawasan sempadan buat kali pertama.

Kedua-dua pihak dengan kata sepakat berpendapat bahawa pertemuan antara tentera kedua-dua negara tersebut telah mencapai hasil yang memuaskan dan memberi sumbangan penting kepada pembinaan keamanan, persahabatan, kestabilan dan kemakmuran bagi jangka masa panjang di kawasan sempadan China-Laos.

Kedua-dua pihak bersetuju akan terus merapatkan pertukaran peringkat tinggi tentera kedua-dua pihak, menyempurnakan mekanisme kerjasama, mengintensifkan kerjasama pragmatik dan meningkatkan penyelarasan pelbagai pihak.

China bersedia menyokong dan memberi bantuan kepada pembinaan dan pembangunan pasukan tentera Laos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China