Cari:
Persidangan Peniaga Cina Sedunia ke-14 di Yangon
2017-09-17 14:45:40 CRI Cetak

Persidangan Peniaga Cina Sedunia ke-14 telah dirasmikan dengan meriah di Pusat Persidangan Myanmar di Yangon semalam yang disertai lebih 2 ribu peniaga Cina dari pelbagai tempat di dunia.

Persidangan yang bertemakan "ekonomi Myanmar terbuka kepada luar, meneroka era baharu dalam sejarah" kali ini bertujuan membentuk jaringan ekonomi dan perdagangan antara Myanmar dengan kalangan peniaga Cina di dunia. Berasaskan rangka ASEAN dan pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), para peserta akan berbincang bersama-sama hala tuju dan ruang perkembangan ekonomi dunia dan Myanmar pada masa depan.

Dalam majlis perasmian itu, Naib Ketua Pejabat Urusan Perantau Cina di Seberang Laut Dewan Negara, Xu Yousheng telah membaca kawat tahniah Yu Zhengsheng yang selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China dalam persidangan itu.

Naib Presiden Pertama Myanmar, U Myint Swe dalam majlis perasmian itu menyatakan bahawa Persidangan Peniaga Cina Sedunia diadakan di Myanmar bukan sahaja menggalakkan perkembangan persahabatan kedua-dua negara, bahkan menyediakan peluang kepada peniaga Cina untuk melabur di negaranya.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Carrie Lam Cheng Yuet-ngor yang terpilih sebagai penyampai ucap tema, menyatakan bahawa Hong Kong yang bersama dengan ASEAN yang terlibat dalam pelaksanaan B&R, berharap memperkasakan kerjasama dengan Myanmar dan negara ASEAN yang lain dalam usaha membina B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China