Cari:
China, Laos, Vietnam Capai Kemajuan Kerjasama Elektrik
2017-09-18 13:13:21 CRI Cetak

China, Laos dan Vietnam telah mencapai kemajuan substantif dalam pembangunan kesalinghubungan grid elektrik.

Demikian dimaklumkan dalam satu forum kerjasama dan pembangunan bekalan elektrik antara China dengan ASEAN yang diadakan di Nanning baru-baru ini.

Naib Presiden Eksekutif Majlis Elektrik China (CEC), Yang Kun menyatakan bahawa pelaburan syarikat-syarikat pembekal elektrik China ke negara ASEAN mencatat USD1.48 bilion (RM6.3 bilion) pada tahun lalu, dengan sejumlah kontrak baharu bernilai USD2.4 bilion (RM10 bilion) ditandatangani.

Dalam pada itu, China Southern Power Grid Company Limited telah memeterai perjanjian dengan Laos dan Vietnam. Menurut kontrak berkenaan, China akan membekalkan lima hingga enam juta kilowatt-jam tenga elektrik kepada Vietnam melalui Laos dalam tempoh antara 2021 hingga 2025.

Ini merupakan projek kesalinghubungan grid elektrik rentas sempadan pertama bagi China, yang turut menandakan kemajuan substantif dalam kesalinghubungan grid elektrik antara China, Laos dan Vietnam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China