Cari:
Lawatan Armada China ke Indonesia Berakhir
2017-09-20 10:59:22 CRI Cetak

Armada Tentera Laut China mengakhiri lawatan persahabatan ke Indonesia dan berlepas dari Jakarta semalam.

Dalam tempoh lawatan itu, komander armada China, Shen Hao telah bertemu dengan pemimpin pasukan tentera Indonesia. Kedua-dua pihak menyanjung tinggi lawatan tersebut, yang telah meningkatkan persahabatan antara pasukan tentera bahkan kedua-dua negara ini.

Dengan adanya mekanisme kerjasama dan dialog antara pasukan tentera laut China dan Indonesia, interaksi dan latihan ketenteraan bersama diharap dapat dirapatkan lagi, selain pasukan tentera laut kedua-dua negara ini mengintensifkan kerjasama dan meningkatkan persefahaman demi keamanan dan kestabilan serantau.

Semasa lawatan tersebut, tentera laut kedua-dua negara telah mengadakan aktiviti interaksi, pertandingan bola sepak dan lain-lain. Selain itu, penduduk tempatan dan anggota tentera Indonesia juga telah melawat kapal Changchun, kapal Jingzhou dan kapal Chaohu China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China