Cari:
Kedutaan China Edarkan Risalah Panduan Melancong di Singapura
2017-09-23 15:20:22 CRI Cetak

Menjelang ketibaan percutian sempena Hari Kebangsaan China dan Pesta Kuih Bulan pada Oktober, Kedutaan Besar China di Singapura dan Pejabat Jabatan Pelancongan China di Singapura bersama-sama mengeluarkan risalah panduan melancong di Singapura dengan selamat dan bersopan bagi warga China semalam.

Kuasa Usaha kedutaan China ke Singapura, Fang Xinwen berkata jumlah pelancong dari Tanah Besar China ke Singapura mencatat 1.55 juta pada setengah tahun petama tahun ini dan angka ini menduduki tempat pertama antara pelancong asing di negara itu.

Seiring dengan peningkatan jumlah pelancong di negara itu, masalah keselamatan dan perlakuan biadab kadang kala muncul.

Maka, tujuan pengedaran risalah ini adalah untuk memberikan panduan melancong, di samping mengingatkan warga China mengelakkan perlakuan biadab ketika melancong di Singapura

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China