Cari:
Malaysia: NBOS Capai Kejayaan
2017-09-24 13:47:23 CRI Cetak
Pelaksanaan Strategi La­u­tan Biru Kebangsaan (NBOS) di Malaysia sejak empat tahun lalu membolehkan kerajaan mengoptimumkan perbelanjaan yang memberi manfaat kepada rakyat dengan cara paling cekap dan kos efektif.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaksanaan program berkenaan bukan bermakna kerajaan tiada duit untuk menguruskan negara.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan menggunakan duit berke­naan untuk memberi keberhasilan yang lebih baik.

"Kita hendak beritahu rakyat bahawa kerajaan buat ini (NBOS) untuk rakyat. Ini bukan bererti kerajaan tiada duit, ini bererti kita ada duit.

"Kita menggunakan duit itu untuk memberi keberhasilan le­bih baik dan mengoptimumkan perbelanjaan kita," katanya ketika berucap merasmikan Fiesta NBOS Bersama-sama Rakyat di Kampung Baru Salong semalam.

Program tersebut antara lain bertujuan memperkenalkan idea-idea NBOS yang dilaksanakan kerajaan kepada masyarakat setempat selain memberi ruang kepada orang ramai mendekati pemimpin.

Menurut Najib, NBOS merupakan cabang kedua selepas Dasar Transformasi Nasional yang dapat memecahkan dinding pemisah antara kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang lazim­nya mengamalkan perkhidmatan secara berasingan.

Kata beliau, tiga elemen penting menerusi NBOS adalah hasil atau kesan bersifat menyeluruh, dilaksanakan dengan pantas dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China