Cari:
Suu Kyi: Keharmonian, Kedamaian Penting
2017-09-25 14:30:37 CRI Cetak

Cabaran terbesar bagi menyelesaikan isu Rohingya adalah mengubah cara pemikiran rakyat, iaitu membolehkan mereka menyedari pentingnya keharmonian dan kedamaian bagi kehidupan.

Demikian ujar Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi ketika diwawancara oleh media China di Naypyidaw baru-baru ini.

Menurut beliau, kerajaan menggalas tanggungjawab untuk membendung keganasan, di samping melindungi keselamatan serta hak dan kepentingan seluruh rakyat.

Suu Kyi turut menyeru rakyat saling memahami dan jangan membiarkan ketakutan dan kebencian menjadi punca negara berpecah-belah.

Tambah beliau, sejak serangan keganasan berlaku pada 25 Ogos lalu, kerajaan menyediakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk di Rakhine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China