Cari:
Prospek Ekonomi Kemboja Cerah
2017-09-27 14:12:19 CRI Cetak

Kemboja akan mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi yang kukuh, menurut laporan bersama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia (ADB).

Laporan itu menyebut, Kemboja telah mencapai hasil yang menggalakkan dalam pembangunan sosioekonomi sepanjang 20 tahun lalu.

Dalam tempoh antara 1994 hingga 2015, Kemboja mencatat pertumbuhan ekonomi purata tahunan pada kadar 7.6%, selain menyediakan kira-kira 3.6 juta peluang pekerjaan dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan.

Menurut IMF, walaupun pelaburan sektor swasta susut, manakala pertumbuhan industri pembuatan pakaian dan kasut menjadi perlahan, namun ekonomi Kemboja dijangka mengekalkan pertumbuhan pesat tahun ini dan tahun depan, iaitu kira-kira 7%, dipacu sektor pembinaan dan pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China