Cari:
China, Malaysia Kerjasama Tangani Cabaran Keselamatan
2017-09-27 18:39:48 CRI Cetak

Setiausaha Suruhanjaya Politik dan Hal Ehwal Undang-undang, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Meng Jianzhu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi di Beijing semalam.

Meng dalam pertemuan itu menyatakan kesediaan pihak China untuk memperkasakan kerjasama dengan Malaysia dalam bidang antikeganasan, keselamatan siber dan jenayah rentas sempadan.

Zahid, yang berada di Beijing untuk menghadiri persidangan tahunan Polis Antarabangsa (Interopol), pula menyatakan bahawa Malaysia bersedia meningkatkan kerjasama dengan China dalam penguatkuasaan undang-undang dan bersama-sama menangani cabaran keselamatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China