Cari:
B&R Bawa Peluang Baharu kepada Usahawan ASEAN
2017-09-28 14:10:53 CRI Cetak

Satu seminar bertema "Jalur dan Laluan" (B&R) mengenai peluang dibawa inisiatif itu kepada ASEAN diadakan di Jakarta baru-baru ini, anjuran Dewan Perniagaan Singapura di Indonesia.

Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu dalam seminar itu berkata, B&R saranan yang menjunjung prinsip terbuka dan inklusif serta selaras dengan arus sezaman. Negara-negara ASEAN yang berada di titik pertemuan darat dan laut, adalah rakan penting bagi China dalam menjayakan inisiatif tersebut.

Inisiatif B&R juga selaras dengan Cetak Biru Komuniti Ekonomi ASEAN 2025 yang menyasarkan integrasi kewangan dan pertumbuhan yang mesra alam dan inklusif.

Tambah beliau, pembangunan B&R dan peningkatan kerjasama ekonomi antara China dengan ASEAN bakal membawa lebih banyak peluang kepada usahawan ASEAN termasuk Singapura dan Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China