Cari:
Li Chunrong CEO Baharu Proton
2017-09-30 15:07:51 CRI Cetak

Syarikat induk PROTON, DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) semalam mengumumkan pelantikan Li Chunrong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB).

Beliau bakal bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi PROTON, membabitkan pengeluaran, pembuatan, kualiti, penyelidikan dan pembangunan, serta pemasaran.

Li, yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam industri automotif, pernah bekerja dengan jenama utama antarabangsa seperti Honda, Kia dan Dongfeng dalam pelbagai jawatan tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China