Cari:
Filipina Dialu-alukan Terbit Bon RMB di Pasaran China
2017-10-10 11:39:00 CRI Cetak

China mengalu-alukan Jabatan Kewangan Filipina meningkatkan kerjasama dengan institusi kewangan China dan menerbitkan bon dalam mata wang renminbi (RMB) di negara ini.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media semalam.

Jabatan Kewangan Filipina baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya merancang menerbitkan sejumlah bon dalam mata wang RMB untuk pasaran China dengan nilai kira-kira USD200 juta (RM845 juta) sekitar bulan November akan datang.

Sehubungan itu, Hua menyatakan bahawa kerjasama antara China dengan Filipina telah berkembang pesat sepanjang tahun lalu. Langkah Filipina tersebut dialu-alukan, dan diyakini akan memperkasakan kerjasama dalam bidang kewangan dan pelaburan, membantu pembangunan infrastruktur Filipina, serta menggalakkan hubungan dua hala terus berkembang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China