Cari:
Duterte Bantah Kecaman Negara Barat
2017-10-13 10:44:07 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyatakan bantahan keras terhadap kecaman oleh negara-negara dan pertubuhan Barat berhubung operasi antidadah yang dilakukan di Filipina.

Beliau turut menyifatkan negara dan pertubuhan berkenaan telah campur tangan dalam hal-ehwal dalam negeri Filipina.

Duterte menyatakan demikian dalam ucapannya ketika menghadiri satu aktiviti terbuka yang diadakan pada 12 Oktober lalu.

Beliau mengutuk Kesatuan Eropah (EU) hanya memberi tumpuan kepada angka kematian dalam operasi antidadah Filipina.

Sebelum ini, beberapa negara anggota EU dan pertubuhan antarabangsa mengugut akan memecat Filipina daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).

Dalam pada itu, Duterte berkata, beliau tidak takut akan perkara itu dan Filipina boleh memutuskan hubungan diplomatik dengan negara-negara anggota EU jika mereka berbuat demikian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China