Cari:
Vietnam Ikrar Jayakan Minggu Persidangan Pemimpin APEC
2017-10-30 14:48:25 CRI Cetak

Vietnam sedang membuat persiapan rapi untuk menjayakan minggu persidangan pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang akan membuka tirainya di Da Nang, 6 November nanti.

Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Luar Vietnam, Bui Thanh Son di Hanoi baru-baru ini.

Beliau selaku Naib Pengerusi Jawatankuasa Negara Vietnam untuk penganjuran APEC 2017 yang ditubuhkan dua tahun lalu, menyatakan bahawa persiapan dari segi fasililti, logistik dan keselamatan telah selesai pada asasnya.

Persidangan APEC 2017 memfokuskan tema mencari penggerak baharu demi masa depan yang dikongsi bersama.

Bui Thanh Son mengatakan bahawa empat isu utama yang menjadi perhatian Vietnam, iaitu menggalakkan inovasi berterusan dan pertumbuhan inklusif, memperkasakan integrasi serantau, mengukuhkan daya saing dan inovasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana pada zaman digital, serta memperhebat keselamatan makanan dan pertanian dengan latar belakang perubahan iklim, juga menjadi tumpuan persidangan.

Sidang Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-25 akan turut diadakan semasa minggu persidangan pemimpin APEC ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China