Cari:
Lao Telecom Dijangka Tersenarai di LSX Tahun Depan
2017-11-01 14:31:17 CRI Cetak

Pembekal perkhidmatan telekomunikasi Lao Telecom dijangka akan tersenarai di bursa sekuriti Laos (LSX) pada tahun depan, susulan penandatanganan satu perjanjian nasihat kewangan dengan Syarikat Sekuriti Laos-China di Vientiane, 30 Oktober lalu.

Lao Telecom, syarikat usaha sama Laos dan Singapura, merupakan syarikat telekomunikasi terbesar negara itu, dengan 51% syernya dipegang oleh Kementerian Kewangan Laos.

Pada tahun lalu, Lao Telecom menjana keuntungan bersih berjumlah kira-kira USD38 juta (RM161 juta).

Lao Telecom akan menjadi syarikat milik negara ketiga yang tersenarai di LSX. Tawaran awam awal (IPO) syarikat itu dijangka melebihi USD100 juta (RM423 juta).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China