Cari:
Malaysia Import Teknologi China untuk Tangani Jerami Sawit
2017-11-03 14:34:38 CRI Cetak

Pusat Inovasi Negara Malaysia akan mengimport teknologi memproses resin sintetik boleh biodegradasi dari China, susulan pemeteraian satu kontrak kerjasama dengan Kumpulan Xingfuren Heilongjiang.

Menurut penerangan pegawai Zon Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Harbin China, teknologi itu membolehkan penghasilan resin sintetik boleh biodegradasi daripada jerami sawit dan hasilnya dapat menggantikan produk petroleum.

Teknologi itu, yang sudah dikurniakan paten peringkat negara China, bukan sahaja akan membantu Malaysia menangani 5,000 tan jerami sawit yang dihasilkan industri berkenaan setiap tahun, malah akan memberi impak kepada penggunaan produk petroleum di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China