Cari:
Vietnam Tingkatkan Kesiagaan untuk APEC
2017-11-03 11:49:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phu baru-baru ini mengarahkan kerajaan wilayah pesisir pantai di kawasan tengah dan kawasan delta Sungai Mekong mengambil langkah-langkah kecemasan sebagai persediaan untuk menangani hujan lebat yang diramalkan berlaku di tempat-tempat tersebut.

Tindakan tersebut bertujuan untuk memastikan minggu mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang dijadualkan di Da Nang bermula 6 November nanti diadakan dengan lancar.

Jabatan-jabatan berkenaan di Da Nang telah diminta berwaspada sepanjang minggu mesyuarat APEC tersebut.

Pemantauan 24 jam terhadap empangan dan tasik akan dijalankan oleh kakitangan teknikal untuk mencegah berlakunya banjir.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China