Cari:
Pusat Media Minggu Persidangan APEC 2017 Beroperasi
2017-11-06 12:58:06 CRI Cetak

Minggu persidangan pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) bakal diadakan di Da Nang, Vietnam pada 6 hingga 11 November ini.

Pusat media antarabangsa bagi persidangan ini mula beroperasi semalam sebagai persediaan untuk mengalu-alukan kehadiran wartawan dari seluruh dunia.

Pusat media itu terletak di pusat persidangan dan pameran bandar Da Nang, yang telah diubahsuai sempena persidangan APEC kali ini. Difahamkan, projek menaiktarafkan fasiliti seluas 13 ribu meter persegi itu menelan belanja USD7.8 juta, iaitu kira-kira RM33 juta.

Setakat ini, lebih 2600 wartawan dari seluruh dunia telah berdaftar untuk membuat liputan tentang persidangan tersebut.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China