Cari:
China Ingin Tingkatkan Kerjasama dengan Vietnam
2017-11-11 20:17:05 CRI Cetak

China mementingkan hubungan dengan Vietnam dan bersedia mempertingkat hubungan rakan kerjasama strategik China-Vietnam ke tahap yang lebih tinggi.

Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC), dan juga Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika menemui Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc di Da Nang hari ini.

Xi terlebih dahulu mengucapkan rasa simpati kepada Nguyen kerana kawasan tengah dan selatan negara itu mengalami kerugian besar ekoran dilanda taufan baru-baru ini. Beliau yakin, di bawah pimpinan Parti Komunis Vietnam dan kerajaan, rakyat di kawasan bencana pasti dapat mengatasi kesukaran dan kehidupan normal akan pulih secepat mungkin.

Xi menegaskan, pola dunia dan rantau ini sedang mengalami perubahan yang besar lagi rumit, manakala pembaharuan dan pembangunan China dan Vietnam pula berada pada fasa yang amat penting. China dan Vietnam harus meningkatkan hubungan peringkat tinggi, mempercepat penyelarasan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dengan pembinaan "dua korikor satu lingkaran". Kedua-dua negara patut mempergiat kerjasama dalam ekonomi dan perdagangan, kewangan, kapasiti pengeluaran, pembinaan prasarana dan lain-lain demi mewujudkan situasi menang-menang.

Nyuyen Xuan Phuc pula berkata, pihaknya amat menghargai hubungan dengan China dan berharap dapat meningkatkan kerjasama dua hala dalam bidang pelaburan, perdagangan, kapasiti pengeluaran, sains dan teknologi, pertanian, tenaga elektrik, prasarana, zon kerjasama ekonomi rentas sempadan dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China