Cari:
Malaysia-China Tingkatkan Usaha dalam Mengembangkan Makanan Halal
2017-11-11 13:16:55 CRI Cetak

Firma Malaysia perlu memartabatkan usaha dalam mengembangkan makanan atau barangan halal di arena antarabangsa seperti negara China yang kini kian berkembang dan dilihat sebagai ekonomi pertama yang terbesar di dunia.

Konsul Perdagangan, Konsulat Jeneral Malaysia, Zaimah Osman yakin bahawa produk halal di Malaysia mampu berkembang dengan lebih pesat lagi, kerana jumlah barangan yang dieksport ke China mencatat jumlah yang tertinggi.

"Jumlah barangan yang dieksport ke China mencatat jumlah yang tertinggi iaitu sebanyak RM5.4 bilion diikuti dengan negara Singapura iaitu RM4.8 bilion serta Amerika Syarikat (AS) mencatat 2.9 bilion," tegas Zaimah apabila di wawancara dalam forum Tuole Kerjasama Kapasiti Pengeluaran Antarabangsa China- ASEAN yang diadakan di bandar Liupanshui, provinsi Guizhou baru-baru ini.

Zaimah juga mengatakan majoriti masyarakat Islam di kawasan Shaanxi, Qinghai serta Xinjiang mempunyai potensi yang besar untuk perdagangan halal, Malaysia mempunyai kelebihan kerana pensijilan halalnya diiktiraf antarabangsa.

Zaimah juga menegaskan kerajaan Malaysia kini memberi fokus kepada kekuatan pasaran yang khusus seperti sarang burung, buah-buahan yang halal bagi mengembangkan kehadiran mereka di China.

"Setakat ini buah-buahan yang boleh dibawa masuk ke China adalah manggis, durian, betik, rambutan dan nanas, antara jenama barangan Malaysia yang paling digemari oleh masyarakat China adalah Julies."

Zaimah menambah Julies adalah jenama yang terkenal dan mencatat rekod yang paling tinggi dalam perniagaan dalam talian.

"Dengan hubungan diplomatik terjalin sejak tahun 1974, saya percaya dengan inisiatif Jalur dan Laluan memberikan impak yang besar kepada perhubungan perdagangan antara dua hala dengan lebih mendalam lagi," tegas Zaimah.

Zaimah juga menegaskan platform seperti forum ini bukan sahaja dapat mengeratkan dan menjalinkan hubungan rapat antara negara ASEAN malah dapat mewujudkan masa depan yang lebih cerah dari segi pembangunan serta pendapatan negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China