Cari:
Agenda Xi ke Vietnam, Laos Berhasil
2017-11-14 22:05:20 CRI Cetak

Agenda Presiden Xi Jinping ke Vietnam dan Laos, termasuk kehadiran pada sidang tidak rasmi pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25 di Da Nang, amat berhasil.

Demikian maklum Menteri Luar China, Wang Yi dalam taklimat media di Beijing hari ini.

Dalam agenda ini, selain memperkenalkan strategi pentadbiran, Presiden Xi turut menekankan komitmen China untuk terus menempuh jalan pembangunan secara damai, mengamalkan konsep diplomasi "mesra, ikhlas, menguntungkan semua dan inklusif" serta mengutamakan kerjasama menang-menang.

Wang menganggap hal tersebut memperlihatkan keyakinan kendiri terhadap jalan sosialisme bercirikan China, serta mempamerkan sumbangan baharu diplomasi bercirikan China pada era baharu ini.

Ini juga merupakan lawatan pertama pemimpin tertinggi parti dan negara China selepas Kongres Kebangsaan ke-19 PKC.

Dalam tempoh lima hari, Presiden Xi terlibat dalam lebih 40 aktiviti bilateral dan multilateral, yang membantu menggalakkan kerjasama di Asia Pasifik dan memperkukuh rasa saling mempercayai sesama negara serantau.

Lawatan rasmi ke Vietnam dan Laos pula menjadikan ikatan persahabatan China dengan dua negara itu bertambah kukuh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China