Cari:
PM Li Temu Hun Sen
2017-11-14 11:06:20 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Sen di Manila semalam.

Li dalam pertemuan itu berkata, China akan sentiasa menyokong Kemboja menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri serta usahanya memelihara kedaulatan, kestabilan dan memacu pembangunan ekonomi.

China bersedia mengintensifkan kerjasama pragmatik dan interaksi sosiobudaya dengan Kemboja, di samping bersama-sama memperkukuh hubungan bilateral.

Hun Sen pula berkata, hubungan persahabatan antara Kemboja dan China sudah terjalin sekian lama. Kemboja bersedia memperkasakan interaksi dan kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran negara dan pembinaan infrastruktur.

Tahun depan merupakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Kemboja.

Pada tahun sama, sidang kemuncak Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) kedua dijadualkan di Kemboja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China