Cari:
Li Keqiang Temu PM Vietnam
2017-11-14 12:54:09 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Nguyen Xuan Phuc di Manila semalam.

Li berkata, China dan Vietnam merupakan jiran baik dan rakan penting. Lawatan Presiden Xi Jinping ke Vietnam baru-baru ini telah membawa hubungan dua hala ke fasa baharu yang berkembang konsisten dan sihat.

Kata beliau, China sentiasa mengutamakan hubungan dengan ASEAN dan bersedia membangunkan perkongsian strategik yang bertaraf lebih tinggi dengan blok itu.

Tambah beliau, China bersedia memajukan rundingan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan dengan negara-negara ASEAN agar menjadikan perairan tersebut laut yang damai, muhibah dan bersifat bekerjasama.

Nguyen Xuan Phuc pula berkata, Vietnam bersedia meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan dengan China, di samping mengintensifkan kerjasama dalam bidang kapasiti pengeluaran, infrastruktur, zon kerjasama ekonomi rentas sempadan, pertanian, kewangan dan perlindungan alam sekitar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China