Cari:
RCEP Mekanisme Kerjasama Berpotensi
2017-11-15 11:56:55 CRI Cetak

Pemimpin 16 negara yang terlibat dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) bertemu dalam mesyuarat di Manila semalam, buat kali pertama sejak rundingan RCEP dimulakan pada 2012.

Para pemimpin dalam kenyataan bersama menyifatkan RCEP mekanisme kerjasama amat berpotensi, yang mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat dengan menjana lebih banyak peluang pekerjaan serta pembangunan konsisten dan inklusif.

Penasihat kanan Pusat Kajian Pasifik Malaysia, Dr. Oh Ei Sun yakin, China mampu memainkan peranan penting bagi memajukan rundingan RCEP.

Kata beliau, rundingan RCEP hampir muktamad. Kini hanya beberapa negara yang kurang rapat hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara, masih tidak biasa dengan dasar pengurangan dan pengecualian tarif. Negara-negara berkenaan pasti tertarik untuk ikut serta selepas melihat pertumbuhan pesat perdagangan antara rantau ini dengan China berkat pelaksanaan dasar tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China