Cari:
Saranan, Komitmen China Dihargai
2017-11-16 12:51:10 CRI Cetak

Saranan merangka Visi 2030 Perkongsian Strategik China-ASEAN dan menaiktarafkan "rangka kerjasama 2+7" kepada "rangka kerjasama 3+X", yang dikemukakan China semasa persidangan kerjasama Asia Timur di Manila, mendapat pujian sarjana ASEAN.

Komitmen China meningkatkan penyelarasan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan pelan pembangunan ASEAN, serta menggalakkan pembinaan Komuniti Ekonomi Asia Timur (EAEC) dan integrasi serantau, turut dihargai.

Setiausaha Agung ASEAN, Le Luong Minh berkata, ASEAN dan China mempunyai hasrat sama untuk merancakkan kerjasama serantau dan integrasi ekonomi global. Komitmen bersama terhadap sistem pelbagai hala dan keterbukaan nescaya memperkasakan lagi kerjasama kedua-dua pihak.

Ketua Pengarah Pusat Pendidikan ASEAN Kemboja, Joseph Matthews berkata, hubungan rapat antara China dan ASEAN dalam pelbagai bidang membantu menjamin kedamaian, keselamatan dan pembangunan serantau. Konsep diplomasi China yang mesra, ikhlas, saling menguntungkan dan inklusif dialu-alukan rakyat seluruh Asia Timur.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa (CSIS) Myanmar yang juga bekas penasihat Presiden, U Ko Ko Hlaing pula berkata, kerjasama China-ASEAN amat signifikan bagi Asia Timur. Sinergi bersifat membina antara kedua-dua pihak terus diperkasakan hingga membentuk mod kerjasama saling menguntungkan yang kukuh.

Visi 2030 Perkongsian Strategik China-ASEAN menyasarkan rangka kerjasama baharu yang berpaksikan tiga tonggak utama, iaitu politik dan keselamatan, ekonomi dan perdagangan serta interaksi sosiobudaya, dan didukung oleh kerjasama holistik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China