Cari:
Singapura, Sichuan Intensifkan Kerjasama
2017-11-20 11:59:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan dan Pelaburan Singapura-Sichuan telah diadakan di Singapura pada 17 November lalu.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk menaiktarafkan kerjasama dalam sektor perkhidmatan, kehidupan rakyat dan industri pembuatan moden pada masa hadapan.

Ng Chee Meng, presiden jawatankuasa pihak Singapura menyatakan bahawa pertukaran ekonomi dan perdagangan antara Singapura dan Sichuan, China semakin erat pada masa ini. Setakat bulan September lalu, Taman Inovasi Teknologi Tinggi Singapura-Sichuan (SSCIP) telah berjaya menarik pelaburan bagi 23 projek dengan nilai lebih RMB20 bilion (kira-kira RM12.56 bilion).

Zhu Hexin, presiden jawatankuasa pihak Sichuan pula berkata, Singapura telah menjadi negara Penanaman Modal Asing (PMA) terbesar bagi Sichuan pada masa ini. Beliau mencadangkan kedua-dua pihak terus memperluas bidang kerjasama dari segenap aspek.

Mesyuarat kali ini turut dihadiri wakil-wakil dari lebih sepuluh syarikat Sichuan dan lebih 40 syarikat dari Singapura.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China