Cari:
Gansu, Brunei Perluas Kerjasama Ekonomi, Perdagangan
2017-11-21 10:57:03 CRI Cetak

Delegasi Jabatan Perdagangan provinsi Gansu China telah mengadakan sesi promosi di Bandar Seri Begawan, Brunei semalam untuk memperkenalkan pembangunan provinsi itu serta perkembangan terkini kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan Brunei.

Delegasi itu turut melahirkan harapan untuk memperluas kerjasama dengan Brunei bagi kebaikan bersama.

Ketua delegasi, Lin Yonghong berkata, Gansu mempunyai kelebihan dari segi lokasi dan sumber asli tersendiri serta sosiobudaya yang unik. Oleh itu, kerjasama dengan Brunei dalam bidang ekonomi, perdagangan dan kebudayaan mempunyai potensi untuk diteroka.

Sehubungan dengan itu, pihaknya telah membawa wakil dari 29 buah syarikat perdagangan dan hasil pertanian dari Gansu untuk mencari peluang kerjasama dengan syarikat-syarikat di Brunei. Sasaran mereka adalah untuk mengintensifkan kerjasama dalam pelaburan industri petrokimia, pemprosesan produk halal, pelancongan dan perubatan tradisional Cina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China