Cari:
109 Syarikat China Berdaftar di SEZ Filipina
2017-11-23 11:50:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Sebanyak 109 buah syarikat China telah berdaftar di pelbagai zon ekonomi khas (SEZ) di Filipina pada masa ini.

Demikian dinyatakan oleh Bgen Charit, Ketua Pengarah Biro SEZ Filipina ketika menghadiri Simposium Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China (Sichuan)-Filipina yang diadakan di Manila pada 22 November lalu.

Charit memaklumkan bahawa SEZ yang dibina oleh kerajaan di pelbagai wilayah seluruh negara melibatkan bidang industri dan pertanian, produk marin, pemprosesan mineral, industri pertahanan, pengeluaran makanan halal dan industri kesihatan.

Selain syarikat China, syarikat dari Amerika Syarikat (AS), Jepun, Korea Selatan dan Singapura turut berdaftar di SEZ berkenaan.

Pelabur asing di SEZ boleh menikmati layanan yang sama dengan syarikat domestik Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China