Cari:
Mesyuarat Menrteri-Menteri Penerangan China-ASEAN Bincangkan Usaha Galakkan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib
2017-11-23 19:43:14 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri-menteri Penerangan China-ASEAN yang dianjurkan Pejabat Penerangan Dewan Negara China telah diadakan di Suzhou, provinsi Jiangsu, China semalam.

Menteri atau wakil menteri penerangan dari China, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina dan Thailand telah mengadakan perbincangan memfokuskan usaha meningkatkan kerjasama dalam bidang penerangan dan menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih erat.

Naib Menteri Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Pengarah Pejabat Penerangan Dewan Negara, Jiang Jianguo ketika menyampaikan ucap tama telah memperkenalkan hasil Kongres Kebangsaan PKC ke-19 dan menyatakan China bersedia menggalakkan pembangunan bersama China dengan negara-negara ASEAN dan menyelaraskan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan strategi pembangunan ASEAN. Sehubungan dengan itu, jabatan penerangan perlu memainkan peranan yang positif, menyatukan suara demi kedamaian dan kestabilan Asia, berkongsi aspirasi terhadap kemakmuran dan pembangunan, membina mod kerjasama yang menang-menang, mendorong dialog tamadun Asia dan menyediakan suasana yang baik bagi pembangunan bersama serantau.

Para peserta telah mengadakan perbincangan mendalam dan meluluskan Inisiatif Mesyuarat Menteri-Menteri Penerangan China-ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China