Cari:
Inisiatif Mesyuarat Menteri-menteri Penerangan China-ASEAN Diluluskan
2017-11-24 12:55:54 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri-menteri Penerangan China-ASEAN diadakan di Suzhou, provinsi Jiangsu, China Rabu lalu, anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara China.

Menteri atau wakil menteri penerangan dari China, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina dan Thailand telah mengadakan perbincangan yang memfokuskan usaha meningkatkan kerjasama dalam bidang penerangan dan menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih erat.

Para peserta telah meluluskan Inisiatif Mesyuarat Menteri-Menteri Penerangan China-ASEAN serta menyampaikan hasrat untuk memperkasakan kerjasama dalam bidang berkenaan.

Menurut inisiatif tersebut, China dan negara-negara ASEAN akan meningkatkan komunikasi dan penyelarasan antara jabatan penerangan dan agensi-agensi terlibat, serta mengintensifkan kerjasama dalam penerbitan, akhbar, radio, filem, televisyen dan media baharu.

Kedua-dua pihak juga akan menumpukan liputan tentang kemajuan yang dicapai dalam pelbagai bidang, menggalakkan dialog tamadun Asia dan perbincangan antara kumpulan pemikir, di samping mendorong pembinaan wahana pertukaran media seperti mekanisme kerjasama di bawah inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Setiausaha Penerangan Jabatan Presiden Filipina, Martin Andanar berkata, negara-negara membangun termasuk Filipina menaruh harapan besar terhadap pembangunan China selepas Presiden Xi Jinping mengumumkan bahawa sosialisme bercirikan China telah memasuki era baharu. Inisiatif B&R dipercayai akan mendatangkan peluang yang amat besar kepada dunia.

Menteri Penerangan Kemboja, Khieu Kanharith menyatakan harapan agar pertukaran dan kerjasama penerangan dapat menggalakkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat pelbagai negara, sekali gus memperkaya hubungan perkongsian strategik China-ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China