Cari:
Filem Kolaborasi China-Indonesia Pertama
2017-11-27 16:42:21 CRI Cetak

Penggambaran filem "Tsunami", iaitu filem kolaborasi pertama antara China dengan Indonesia, akan dirasmikan di Jakarta besok.

Upacara menandatangani perjanjian kerjasama berkenaan diadakan hari ini, dengan kehadiran Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Am Penerangan, Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen China (SAPPRFT), Tong Gang dan Kepala Badan Ekonomi Kreatif (BEKRAF) Indonesia, Triawan Munaf.

"Tsunami" mengisahkan perit getir pasukan penyelamat China yang terlibat dalam misi bantuan bencana tsunami yang melanda Indonesia pada tahun 2004.

Tong Gang berharap penggambaran filem itu berjaya, sekali gus menggalakkan perkembangan kerjasama China-Indonesia dalam bidang perfileman.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China