Cari:
CAAC Keluarkan Arahan Kecemasan Bawa Pulang Warga China dari Bali
2017-12-01 14:41:34 CRI Cetak

Setakat kelmarin, lebih 10 ribu warga China terkandas di Bali, Indonesia setelah Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai ditutup 27 November lalu susulan letusan gunung berapi, Gunung Agung.

Jabatan Penerbangan Awam China (CAAC) menerusi mekanisme tindakan kecemasan telah mengarahkan beberapa syarikat tempatan yang mengoperasikan laluan ke Bali mengatur jalan untuk membawa pulang warga China yang terkandas di sana.

Antara syarikat berkenaan termasuk China Eastern Airlines, China Southern Airlines dan Xiamen Air, yang telah mengatur tujuh penerbangan semalam untuk membawa pulang hampir seribu orang.

CAAC turut meminta bantuan syarikat penerbangan asing. Setakat pagi semalam, 2,893 warga China selamat tiba di tanah air menaiki 16 pesawat syarikat asing. 13 lagi penerbangan dijadualkan hari ini untuk membantu 2,703 warga China pulang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China