Cari:
Rondaan dan Latihan Tentera Bersama China-Vietnam
2017-12-01 11:46:05 CRI Cetak

Pasukan tentera China dan Vietnam akan mengadakan rondaan ke-23 di kawasan perairan Teluk Beibu pada awal bulan Disember, selain sesi latihan bersama termasuk melatih keupayaan mencari dan menyelamat (SAR).

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Pertahanan China, Wu Qian dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Menurutnya, China mementingkan hubungan tentera dengan Vietnam dan komited berusaha bersama-sama untuk memelihara order dan kestabilan di kawasan perairan dan kawasan perikanan di Teluk Beibu, di samping menggalakkan hubungan ketenteraan kedua-dua negara secara sihat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China