Cari:
43 Siswa Filipina Peroleh 'Biasiswa Duta Besar China'
2017-12-01 12:32:27 CRI Cetak

Duta Besar China ke Filipina, Zhao Jianhua mengadakan jamuan untuk meraikan 43 orang mahasiswa dari Universiti Filipina dan Universiti Perguruan Filipina yang memperoleh 'Biasiswa Duta Besar China'.

Zhao dalam majlis yang diadakan baru-baru ini, meletakkan harapan tinggi kepada para mahasiswa tersebut agar berusaha menggalakkan persahabatan antara China dengan Filipina.

Menurutnya, program biasiswa ini antara komponen pelan tindakan untuk mengintensifkan hubungan China-Filipina. Pemenang akan berpeluang melawat ke China pada tahun 2018.

Kata beliau, memperkukuh ikatan persahabatan dan kerjasama antara satu sama lain adalah amat penting bagi kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China