Cari:
Myanmar: Cari Kaedah Paling Efisien dalam Penggunaan Internet
2017-12-03 16:59:00 CRI Cetak

Persidangan Internet Dunia ke-4 yang berlangsung selama tiga hari telah dirasmikan di Pusat Pameran Antarabangsa Internet Wuzhen, provinsi Zhejiang pagi tadi.

Menteri Penerangan Myanmar, U Pe Myint yang diundang menghadiri majlis perasmian tersebut ketika diwawancara CRI berkata, tujuan kehadiran beliau adalah untuk mencari kaedah yang paling efisien dalam menggunakan internet.

Tema utama persidangan tersebut ialah "Bangunkan ekonomi digital dan tingkatkan keterbukaan demi komuniti berkongsi nasib dalam ruang siber." U Pe Myint berkata, kehidupan rakyat sepanjang perkembangan sosioekonomi dan perkembangan sains serta teknologi sudah mengalami perubahan besar.

Mengetepikan sebahagian tindakan jenayah yang menggunakan kaedah sains, teknologi serta internet, U tetap penuh keyakinan terhadap masa depan pembangunan sains, teknologi dan internet. Beliau berkata, "saya yakin kami dapat memperoleh faedah melalui perkembangan sains dan teknologi. Kami menghadiri sidang ini untuk bersama-sama mencari cara menggunakan dan mengendalikan hasil sains dan teknologi secara betul, mencari kaedah paling efisien dalam penggunaan internet dan memberikan sumbangan demi masa depan bersama kita".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China