Cari:
Persidangan Menteri-Menteri Luar LMC Signifikan
2017-12-14 16:18:18 CRI Cetak

Persidangan Menteri-menteri Luar ke-3 Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) selama tiga hari bakal diadakan di bandar Dali, provinsi Yunnan China pada 14 hingga 16 Disember ini.

Persidangan itu mengundang para menteri mengimbas kembali kerjasama LMC, merumus pengalaman bagi mengukuhkan lagi asas kerjasama dan bertukar-tukar pendapat tentang hala tuju kerjasama akan datang.

Persidangan tersebut dianggap mempunyai makna signifikan kerana diadakan semasa mekanisme LMC melangkah ke fasa perkembangan dari fasa permulaan sebelum ini.

Semua pihak terlibat meletakkan harapan agar kerjasama serantau ini ditingkatkan lagi ke tahap lebih tinggi, di samping menyumbang kepada penubuhan Komuniti Bersama ASEAN dan proses integrasi serantau serta penubuhan Komuniti Berkongsi Nasib Negara-negara Sungai Lancang-Mekong, ke arah kedamaian dan kemakmuran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China