Cari:
Sidang Menteri-Menteri Luar Ke-3 LMC
2017-12-16 14:34:48 CRI Cetak

Sidang Menteri-menteri Luar ke-3 Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) diadakan di bandar Dali, provinsi Yunnan China semalam.

Persidangan itu dihadiri bersama oleh Menteri Luar China, Wang Yi, Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Prak Sokhonn, Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai, Menteri Luar Laos, Saleumxay Kommasith, Menteri Kerjasama Antarabangsa Myanmar, U Kyaw Tint dan Naib Perdana Menteri Vietnam merangkap Menteri Luar, Pham Binh Minh. Sidang kali ini telah meninjau kembali kemajuan LMC dan menggaris pelan tindakan seterusnya serta membuat perisapan bagi sidang pemimpin LMC kedua.

Wang Yi menyatakan bahawa melalui wahana LMC, enam negara di rantau sungai Lancang-Mekong ini akan berdasarkan kerjasama yang sedia ada dan potensi kerjasama yang amat besar, menyuntik tenaga penggerak yang benar-benar dalam pembangunan masa depan yang cerah, dan meneroka jalan pembangunan berterusan yang menuju ke arah ekonomi yang makmur, masyarakat yang maju dan alam sekitar yang indah. Kami akan menyatukan tenaga untuk membangunkan Jalur Pembangunan Ekonomi Lancang-Mekong, dan bekerjasama untuk mewujudkan komuniti berkongsi nasib negara-negara sungai Lancang-Mekong.

Para hadirin amat bersetuju dengan ucapan Wang Yi dan memuji hasil yang mengagumkan yang tercapai sejak mekanisme LMC dilaksanakan dan perkembangnya yang pesat. Pelbagai pihak terlibat bersetuju hala tuju dan cadangan mengenai pembangunan LMC pada masa depan yang dikemukakan oleh China.

Komunike Akhbar Bersama Sidang Menteri-menteri Luar ke-3 Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) turut dikeluarkan.

Sebelum sidang itu diadakan, para menteri diatur menghadiri pameran foto bertema LMC serta upacara pelancaran laman sesawang Sekretariat China LMC yang berbahasa Mandarin dan Inggeris.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China