Cari:
4 Maut Feri Karam di Filipina
2017-12-22 14:48:38 CRI Cetak

Sebuah feri yang membawa 251 penumpang karam di pesisir laut wilayah Quezon, utara Filipina pagi semalam, ekoran cuaca buruk.

Maklum Pasukan Pengawal Pantai Filipina pada hari yang sama, 240 penumpang berjaya diselamatkan, namun empat maut manakala tujuh lagi hilang.

Feri berkenaan berlepas dari pelabuhan di Real, Quezon pada pukul 8.30 pagi semalam, dan cuaca bertukar buruk sejam selepas itu, dengan angin kuat dan gelombang besar.

Menurut pengawal pantai, kebanyakan penumpang yang diselamatkan dibawa ke pelabuhan Dinahican. Antaranya, seorang lelaki warga Australia berumur 61 tahun.

Punca kemalangan masih disiasat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China