Cari:
Delegasi PKC Melawat Myanmar
2017-12-24 14:04:45 CRI Cetak

Delegasi Parti Komunis China (PKC) yang diketuai oleh Presiden Akademi Sains Sosial China (CASS), Wang Weiguang mengadakan lawatan ke Myanmar pada 21 hingga 22 Disember. Delegasi ini ditemui Speaker Dewan Rakyat Parlimen Persekutuan Myanmar, U Win Myint dan pemimpin parti di negara itu, dan menjelaskan semangat Kongres Kebangsaan ke-19 PKC kepada tokoh politik, pertubuhan masyarat dan kumpulan pemikir negara itu.

Myanmar menyanjung tinggi kejayaan cemerlang yang dicapai China di bawah pimpinan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping. Mereka menganggap Kongres Kebangsaan ke-19 PKC mempunyai erti yang amat penting dan pengaruh untuk jangka masa yang panjang. Myanmar bersedia belajar pengalaman pentadbiran PKC dan mengintensifkan interaksi dan kerjasama dengan China bagi menggalakkan hubungan persahabatan kedua-dua negara melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China