Cari:
Duta Baharu China ke ASEAN Mula Bertugas
2018-01-19 12:32:42 CRI Cetak

Duta Besar baharu China ke ASEAN, Huang Xilian tiba di Jakarta, Indonesia semalam untuk memulakan penggal perkhidmatannya.

Dalam ucapan sejurus tiba di lapangan terbang, Huang menyatakan ASEAN diutamakan dalam dasar luar China dan dilihat sebagai rakan kongsi penting dalam inistiaf "Jalur dan Laluan" (B&R).

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 terjalinnya perkongsian strategik China-ASEAN.

China mahu melonjakkan perkongsian strategik dengan ASEAN ke tahap lebih tinggi melalui kerjasama melibatkan seluruh lapisan masyarakat, hingga membentuk komuniti berkongsi nasib yang lebih erat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China