Cari:
China Sedia Teroka Potensi Kerjasama dengan Malaysia
2018-02-02 14:27:35 CRI Cetak

China komited berusaha bersama-sama dengan Malaysia untuk meneroka potensi kerjasama kesalinghubungan, ekonomi digital dan pembiayaan dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis jamuan kedutaan sempena sambutan Tahun Baharu China 2018 di Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya, China akan terus meningkatkan tahap keterbukaan dan aktif menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam rangka B&R. Malaysia sebagai salah sebuah negara yang paling awal menyambut baik B&R, memilik kelebihan yang boleh saling melengkapi dengan China dan strategi pembangunan yang selaras dengan China.

Beliau menegaskan, China bersedia aktif terlibat dalam beberapa projek pembangunan sosioekonomi di Malaysia termasuk kereta api berkelajuan tinggi. Beliau berharap Malaysia dapat memperoleh lebih banyak manfaat daripada kerjasama dengan China dan mencapai kemajuan dalam mewujudkan pelan Transformasi Nasional 2050.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China